Skip to main content

Unit Pesuruhjaya Sumpah

PENGENALAN

Unit Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Persekutuan Malaysia adalah berfungsi sebagai Unit untuk menguruskan Hal Ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisen, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah.

 

Ini secara tidak langsung menyumbang kepada imej Badan Kehakiman Malaysia. Unit Pesuruhjaya sumpah turut menjalankan fungsi untuk mengadakan temuduga/peperiksaan bagi pengambilan PJS pada setiap tahun menjadikan jumlah PJS meningkat pada saban tahun.

 

Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit  dan dibantu oleh seorang Penolong Kanan Pendaftar. Unit ini adalah di bawah seliaan Pejabat Ketua Hakim Negara dan Bahagian Penyelidikan. 

FUNGSI DAN TUGAS UNIT PESURUHJAYA SUMPAH

 

Objektif

  1. Menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisyen, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang secara tidak langsung menyumbang kepada proses kehakiman di Malaysia.

 

Piagam

  1. Memberi perkhidmatan berlandaskan peruntukan Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 dan arahan-arahan berkaitannya.
  2. Memastikan semua pelanggan dilayan dengan kadar yang segera, munasabah, cekap dan sistematik.
  3. Memastikan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah yang ditawarkan dijalankan dengan berintegriti.

 

Fungsi

  1. Pelantikan - Menguruskan pelantikan Pesuruhjaya Sumpah baru bagi kesemua jenis lantikan (Peguambela dan Peguamcara, Pegawai Awam, Pegawai Badan Berkanun dan Mana-mana orang lain).
  2. Pelantikan Semula - Menguruskan permohonan pelantikan semula Pesuruhjaya Sumpah yang telah tamat tempoh pelantikan setelah diluluskan oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
  3. Buku Daftar - Menyelia dan melaksanakan proses pemantauan terhadap buku daftar Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia.
  4. Siasatan - Memulakan dan menjalankan siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh orang awam terhadap Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia.