Bahagian Penyelidikan telah ditubuhkan pada 29 Julai 2013 dan diketuai oleh seorang Ketua Unit.
FUNGSI DAN TUGAS BAHAGIAN PENYELIDIKAN
Membantu Ketua Hakim Negara dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang lain untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai isu perundangan dan untuk menyediakan pendapat perundangan secara bertulis bagi kes-kes di Mahkamah Persekutuan; dan
Membantu Pejabat Ketua Pendaftar dalam menyediakan kertas kerja berkaitan isu-isu perundangan dalam negara dan luar negara secara ad hoc.