Skip to main content

Bahagian Dasar Dan Perundangan

PENGENALAN

Bahagian Dasar dan Perundangan ialah suatu Bahagian yang memberi nasihat undang-undang dan menggubal dasar dan perundangan sebagaimana arahan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian dan terdiri daripada dua (2) unit iaitu unit Dasar dan unit Perundangan. Setiap unit diketuai seorang Timbalan Pengarah dan dibantu oleh beberapa orang Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar.

 

OBJEKTIF

Untuk menggubal dasar dan perundangan secara cekap dan berkesan mengikut undang-undang.

  1. Untuk menyediakan dan menyemak pandangan undang-undang mengenai isu undang-undang berkenaan dengan dasar Pejabat Ketua Pendaftar;
  2. Untuk menyediakan Memorandum Jemaah Menteri/Nota Jemaah Menteri bagi apa-apa cadangan Pejabat Ketua Pendaftar dan menyediakan Ulasan Memorandum Jemaah Menteri yang dirujuk oleh kementerian, jabatan dan agensi persekutuan mengikut dasar Pejabat Ketua Pendaftar;
  3. Untuk memberikan maklum balas mengenai isu berkaitan dengan dasar Pejabat Ketua Pendaftar kepada kementerian, jabatan dan agensi persekutuan;
  4. Untuk menyediakan ulasan/pandangan berkaitan dengan Badan Kehakiman Malaysia mengenai Rang Undang-Undang baharu, RUU Pindaan dan Perundangan Subsidiari yang dikemukakan oleh kementerian, jabatan dan agensi persekutuan;
  5. Untuk mengkaji semula dan menjalankan penyelidikan mengenai Arahan Amalan/Pekeliling Ketua Pendaftar/Surat Pekeliling Ketua Pendaftar
  6. Sekretariat Jawatankuasa Kerja Kaedah-Kaedah Mahkamah;
  7. Sekretariat Jawatankuasa Penyemak Undang-Undang;
  8. Untuk menyediakan dan menyemak memorandum persefahaman antara Pejabat Ketua Pendaftar dan agensi kerajaan/swasta;
  1. Untuk menyediakan kertas cadangan mengenai perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan Kehakiman, penubuhan Mahkamah/Tribunal Khas dan pembangunan organisasi Pejabat Ketua Pendaftar;
  2. Untuk menghadiri mesyuarat/ perbincangan dan konsultasi dengan semua Bahagian di Pejabat Ketual Pendaftar/Kementerian/Jabatan/ Agensi lain;
  3. Untuk menyediakan jawapan bagi Soalan Lisan/Bukan lisan Parlimen dan pandangan undang-undang berkenaan dengan isu undang-undang yang melibatkan Badan Kehakiman Malaysia yang dibangkitkan di Parlimen;
  4. Untuk menghadiri Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebagai wakil Pejabat Ketua Pendaftar;
  5. Untuk menyelaras hal ehwal Parlimen yang melibatkan Pejabat Ketua Pendaftar sebagai focal person;
  6. Untuk menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai apa-apa perkara undang-undang yang berkaitan dengan bidang kuasa, tatacara, garis panduan dan proses kerja Mahkamah; dan
  7. Untuk melaksanakan apa-apa tugas lain sebagaimana arahan dari semasa ke semasa.