Skip to main content

Bahagian Pengurusan

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan sumber manusia, perkhidmatan dan kewangan di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Bahagian Pengurusan adalah terdiri daripada empat (4) unit yang diketuai oleh seorang Pengarah Pengurusan. Empat (4) unit tersebut adalah Cawangan Pengurusan, Cawangan Pengurusan Kewangan, Cawangan Kaunseling dan Cawangan Perpustakaan.

 

Di bawah Cawangan Pengurusan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, terdapat 7 seksyen iaitu Seksyen Penyelarasan Kontrak, Seksyen Keselamatan, Seksyen Peperiksaan, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Seksyen Khidmat Pengurusan, Seksyen Pengurusan Rekod dan Seksyen Pengurusan Maklumat. Manakala di bawah Cawangan Pengurusan Kewangan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, terdapat empat (4) seksyen iaitu Seksyen Pembangunan dan Penyelenggara, Seksyen Perolehan, Aset & Stor, Seksyen Akaun dan Seksyen Kewangan. Selain itu terdapat juga Cawangan Perpustakaan yang diketuai Ketua Pustakawan dan di bawah Cawangan ini terdapat dua (2) Seksyen iaitu Seksyen Perkhidmatan Maklumat & Rujukan dan Seksyen Perkhidmatan Dokumentasi & Pengkalan Data.

  1. Menyediakan perkhidmatan sokongan yang efisien dan efektif kepada pelanggan;
  2. Memastikan urusan perkhidmatan dan kemudahan Hakim dilaksanakan mengikut tempoh tertentu;
  3. Memastikan pengisian jawatan PKPMP pada tahap 90%;
  4. Memastikan urusan kenaikan pangkat bagi pegawai dan kaki tangan di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan diproses dalam masa tiga (3) bulan;
  5. Memastikan urusan pengesahan lantikan jawatan, persaraan dan penangguhan kerja diproses dalam tempoh 1 bulan;
  6. Menyediakan dan melaksanakan kursus / Latihan / seminar / bengkel untruk semua kategori pegawai / kakitangan;
  7. Memproses dan meyelesaikan kes-kes tatatertib dalam tempoh empat (4) bulan bermula daripada kelulusan prima facie;
  8. Memastikan pengemaskinian sistem maklumat HRMIS
  1. Memastikan anggaran Belanja Mengurus dan Tanggungan PKPMP disediakan bulan Mac setiap tahun dan waran diagihkan ke PTJ;
  2. Memastikan hasil dan deposit dapat dikutip sekurang-kurangnya 90% setiap hujung tahun;
  3. Memastikan semua bil dan tuntutan dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen diterima dengan sempurna;
  4. Memastikan semua urusan Tender dan Sebut Harga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Pencucian Bangunan Mahkamah seluruh Malaysia diselesaikan selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum perkhidmatan bermula;
  5. Memastikan keperluan peralatan dan bekalan Jabatan mencukupi serta dapat memenuhi keperluan setiap Bahagian dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh (7) hari; dan
  6. Memastikan kenderaan Pejabat sentiasa dalam keadaan baik dan diselenggara mengikut tatacara yang ditetapkan.