Skip to main content

Bahagian Komunikasi Korporat

PENGENALAN

Bahagian ini berada di bawah seliaan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan ianya diketuai oleh seorang Pengarah.

FUNGSI DAN TUGAS BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

 

  1. Menjadi focal person antara PKPMP dan media berhubung dengan sebarang kenyataan dan soalan berkaitan PKPMP dan Badan Kehakiman di Malaysia.
  2. Memantau dan menyelaras kandungan di laman web rasmi PKPMP dan mahkamah negeri dan media sosial seperti Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter.
  3. Menyelia dan memantau kandungan bahan pameran di Muzium Kehakiman, Istana Kehakiman.
  4. Menyalurkan maklumat berkaitan hal ehwal semasa PKPMP serta menyelia dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di PKPMP dan seluruh mahkamah.
  5. Menyelia dan memberi maklum balas terhadap semua aduan, pertanyaan, maklum balas pelanggan dan orang awam yang diterima melalui surat, telefon, emel, sistem pengurusan aduan awam (SisPAA PKPMP) dan aduan yang diterima daripada Biro Pengaduan Awam atau agensi kerajaan yang lain
  6. Menjalankan tugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam dan Pega- wai Aduan di PKPMP serta menyelaras dan menyelia Pegawai Perhubungan Awam peringkat negeri dan Pegawai Penyiasat SiSPAA PKPMP.
  7. Mengurus lawatan daripada delegasi Badan Kehakiman Malaysia, lawatan tetamu YAA Ketua Hakim Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya dan YA Hakim-hakim, agensi-agensi kerajaan dan swasta, dan Institusi Pendidikan ke Istana Kehakiman
  8. Menguruskan acara-acara yang diadakan di Istana Kehakiman dan mahkamah-mahkamah seluruh Malaysia.
  9. Mengurus rakaman gambar dan video bagi aktiviti Ketua Hakim Negara dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.