FUNGSI DAN TUGAS PERPUSTAKAAN
Objektif
- Menyediakan koleksi sumber perpustakaan di peringkat jabatan bagi penggunaan masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat Jabatan;
- Mengurus dan menyediakan akses kepada sumber maklumat undang-undang Malaysia serta negara-negara Komanwel; dan
- Menjadi penggerak utama memupuk budaya membaca di kalangan warga Mahkamah.
PERKHIDMATAN
Pengemaskinian Koleksi Perundangan
- Akta persekutuan dan enakmen negeri dalam koleksi perpustakaan kamar YAA Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta bilik perbicaraan dikemaskini dari semasa ke semasa. Indeks Perundangan juga disediakan bagi memudahkan pencarian maklumat tersebut.
Rujukan Dan Pencarian Maklumat
- Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna mendapatkan bahan dam maklumat yang diperlukan. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada kaunter perkhidmatan.
Perkhidmatan Kesedaran Awam
- Perpustakaan menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklum- kan kepada pengguna mengenai maklumat dan judul terkini bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan. Perkhidmatan ini disediakan melalui sumber laman web perpustakaan, muka surat kandungan jurnal yang dilanggan, senarai perolehan perpustakaan, pengindeksan bahan terpilih, pameran buku-buku baru dan pempakejan maklumat.
Keratan Akhbar
- Artikel surat khabar berkaitan penghakiman dan kes-kes mahkamah bagi Mahka- mah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Khas serta Mahkamah Sesyen dan Majistret disimpan secara harian untuk kegunaan rujukan kepada YAA/YA Hakim, Pegawai-pegawai Kehakiman dan juga pihak pengurusan atasan untuk makluman.
Pengindeksan Alasan Kehakiman
- Sebagai Pusat Penyerahan Alasan Penghakiman. Semua alasan bagi peng- hakiman bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi Malaysia diindeks bagi kemudahan rujukan.
Pinjaman / Pemulangan
- Perkhidmatan ini terbuka kepada semua warga PKPMP sahaja. Walaubagaimana- pun, pengguna lain seperti perpustakaan universiti dan agensi-agensi kerajaan boleh mendapatkan perkhidmatan ini secara pinjaman antara perpustakaan dibawah Konsortium Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP).
Pinjaman Antara Perpustakaan
- Perkhidmatan ini disediakan untuk warga PKPMP meminjam buku atau mendapa- tkan salinan dokumen/artikel daripada perpustakaan lain yang mengganggotai Konsortium Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) sekiranya tiada bahan di perpustakaan PKPMP.
Maklumat Elektronik
- Perpustakaan melanggan beberpa pangkalan data undang-undang atas talian seperti Lexis Malaysia, Westlaw Asia & Thomson Reuters Westlaw, Lawnet, eLaw.my, CLJ Legal Network dan Mylawbox.