Skip to main content

Unit Sijil Amalan

PENGENALAN

Unit Sijil Amalan merupakan satu unit yang bertanggungjawab mengurus Sijil Amalan Guaman Peguam dan Perkhidmatan Jurubahasa Asing. Unit diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dibantu oleh seorang Penolong Kanan Pendaftar. Unit ini adalah di bawah seliaan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya. 

FUNGSI DAN TUGAS UNIT SIJIL AMALAN

 

  1. Melantik, membekalkan dan mengawal selia Jurubahasa Asing Lantikan Mahkamah bagi kes jenayah di Mahkamah di seluruh Malaysia yang dipohon melalui portal e-Jurubahasa;
  2. Memproses Sijil Amalan Guaman yang diterima daripada Majlis Peguam Malaysia; dan
  3. Membantu dalam urusan penyampaian dokumen di luar bidangkuasa.