Skip to main content

Unit Integriti

PENGENALAN

Unit Integriti, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah diwujudkan selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP6/2013) ‘Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam’ yang mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013.

 

Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dan dibantu oleh Pegawai Tadbir Diplomat dan Penolong Kanan Pendaftar. Unit ini adalah di bawah seliaan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

FUNGSI DAN TUGAS UNIT INTEGRITI

 

Tadbir Urus

  • Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan

 

Pengukuhan Integriti

  • Memastikan pembudayaan penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

 

Pengesanan & Pengesahan

  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastujab tindakan susulan yang sewajarnya; dan
  • Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab; dan

 

Pengurusan Aduan

  • Menerima dan memastikan tindakan diambil terhadap semua maklumat atau aduan mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

 

Pematuhan

  • Memastikan pematuhan ke atas peraturan pentadbiran, kewangan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

 

Tatatertib

  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.