Bahagian Penyelarasan Kontrak adalah diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian. Fungsi bahagian ini adalah seperti berikut:
FUNGSI DAN TUGAS BAHAGIAN PENYELARASAN KONTRAK
Menyemak, menyediakan dan meluluskan draf perjanjian dan/atau lain-lain instrumen perundangan yang diterima daripada seluruh Mahkamah di Malaysia di mana PKPMP Malaysia merupakan salah satu pihak bagi memastikan kepentingan PKPMP Malaysia adalah terpelihara.
Menyelaras urusan pentadbiran kontrak di Mahkamah-Mahkamah seluruh Malaysia.
Menyediakan pandangan undang-undang bagi isu undang-undang berkenaan dengan pra dan pasca perjanjian dan/atau lain-lain instrumen perundangan.
Menghadiri mesyuarat/perbincangan dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan terutamanya berkenaan pra dan pasca perjanjian dan/atau lain-lain instrumen perundangan bagi memastikan keputusan dasar yang dibuat oleh PKPMP Malaysia adalah menurut undang-undang.
Menyertai rundingan draf perjanjian dan/atau lain-lain instrumen perundangan berkenaan dengan Mahkamah-Mahkamah seluruh Malaysia.