PENGENALAN
Bahagian Teknologi Maklumat merupakan bahagian yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Teknologi Maklumat di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP). Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian dan dibantu oleh Timbalan Pengarah, beberapa orang Penolong Pengarah dan Pegawai Tekonologi Maklumat. Bahagian ini terdiri daripada beberapa unit iaitu Unit eKehakiman, Unit Aplikasi, Unit Portal dan Integrasi, Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Aset, Operasi dan Meja Bantuan dan juga Unit Rangkaian dan Pusat Data.
Bahagian ini adalah dibawah seliaan Pejabat Timbalan Ketua Pendaftar II (Operasi). Unit ini memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pemantauan rangkaian, aplikasi, perkakasan, perisian sistem serta perkhidmatan teknikal yang digunakan oleh warga Kehakiman di seluruh Malaysia.