Skip to main content

Bahagian e-Kehakiman

PENGENALAN

Bahagian e-Kehakiman telah beroperasi sejak Januari 2013 bagi mengendalikan pelaksanaan Sistem e-Kehakiman supaya berjalan lancar dari aspek teknikal, pematuhan undang-undang dan proses kerja Mahkamah serta pengurusan perubahan, supaya Sistem e-Kehakiman yang dilaksanakan memenuhi kehendak jabatan dan pelanggan.

 

Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Bahagian dan dibantu oleh beberapa orang Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan kakitangan sokongan. Bahagian ini bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Maklumat di bawah seliaan Timbalan Ketua Pendaftar (Operasi) untuk memastikan Pelan Strategik PKPMP (2016-2020) dan Pelan Strategik Teknologi Maklumat PKPMP (2016-2020) berjalan lancar seperti yang dirancang.

 

FUNGSI DAN TUGAS

 

  1. Mengendalikan transformasi dan inovasi proses kerja Mahkamah daripada cara manual kepada digital bagi kes sivil dan jenayah di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi serta semua jenis rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan;
  2. Memastikan modul-modul sistem aplikasi yang dibangunkan dan dilaksanakan mematuhi undang-undang dan proses kerja Mahkamah dan kehendak pelanggan;
  3. Memastikan operasi Sistem e-Kehakiman di semua Mahkamah yang terlibat berjalan cekap dan lancar;
  4. Mengendalikan transformasi dan inovasi bagi integrasi sistem antara Sistem e-Kehakiman dengan sistem aplikasi di agensi-agensi kerajaan yang terlibat untuk perkongsian maklumat dan data; dan
  5. Membantu PKPMP membuat penetapan dasar dan pentadbiran bagi pelaksanaan proses kerja kes-kes sivil dan jenayah secara digital.

 

FUNGSI UNIT-UNIT BAHAGIAN E-KEHAKIMAN

 

Unit Sivil

  • Memastikan sistem parameters bagi operasi kes-kes sivil sentiasa dikemaskini; dan
  • Memastikan integrasi sistem dengan JPN, JKPTG, Majlis Peguam, Jabatan Insolvensi serta agensi dan badan berkanun yang lain berjalan lancar.

Unit Jenayah

  • Memastikan parameters bagi operasi kes-kes jenayah sentiasa dikemaskini; dan
  • Memastikan integrasi sistem dengan PDRM, JPJ, Jabatan Penjara serta agensi penguatkuasa yang lain berjalan lancar.

Unit Rayuan

  • Memastikan system parameters bagi operasi kes-kes rayuan sentiasa dikemaskini.

Unit Pengurusan Perubahan & Khidmat Sokongan

  • Mengendalikan aduan berkaitan Sistem e-Kehakiman dari segi perundangan dan proses kerja Mahkamah;
  • Mengendalikan pengurusan perubahan bagi pelaksanaan sistem kepada semua pengguna Mahkamah, agensi kerajaan, para peguam dan orang awam; dan
  • Menjalankan kajian kepuasan pelanggan dan penyelidikan bagi penambahbaikan sistem dan operasi.

Unit Latihan

  • Mengendalikan latihan kepada para pengguna sistem e-Kehakiman; dan
  • Memastikan manual latihan, manual pengguna dan maklumat berkaitan sistem yang dipaparkan di semua portal sentiasa dikemaskini.