Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Mahkamah di seluruh Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak.Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak diketuai oleh Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak dan dibantu oleh seorang Penolong Kanan Pendaftar.
Menyelia dalam semua hal pentadbiran dan pengurusan Mahkamah Rendah di seluruh Sabah dan Sarawak.
Membantu Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dalam hal urusan pendaftaran dan pengendalian kes Sivil dan Jenayah Mahkamah Sesyen dan Majistret di seluruh Sabah dan Sarawak.
Membantu Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan Pengarah Mahkamah Sarawak untuk merancang keperluan kakitangan dan bangunan Mahkamah Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.
Membantu dan atau menyediakan Arahan Amalan/Pekeliling Pendaftar atas arahan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
Menerima arahan daripada Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk melaksanakan dasar-dasar Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam hal-hal pentadbiran dan kehakiman berkaitan Mahkamah-Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.
Memantau prestasi dan statistik bulanan bagi semua mahkamah Sesyen dan Majistret di seluruh Sabah dan Sarawak termasuk “ageing cases”.
Memantau statistik Alasan Penghakiman Tertunggak bagi Hakim Sesyen dan Majistret di seluruh Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.
Pemantauan penyediaan Alasan Penghakiman yang melebihi 8 minggu dari tarikh notis rayuan difailkan termasuk penyediaan Rekod Rayuan bagi kes Jenayah di Mahkamah-Mahkamah Rendah seluruh Sabah dan Sarawak.
Menyelia Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Sesyen dan Majistret seluruh Sabah dan Sarawak.
Membuat lawatan naziran berkala ke mahkamah-mahkamah rendah di Sabah dan Sarawak bagi membuat audit kehakiman, pengurusan kes dan pentadbiran kehakiman.
Menghadiri mesyuarat sama ada di dalam Jabatan mahupun dengan agensi luar Jabatan apabila diarahkan oleh Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
Menerima dan mengambil tindakan aduan dari orang awam dan warga mahkamah berkaitan dengan hal-ehwal Mahkamah - Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.
Menjalankan tugas-tugas sebagai Hakim Mahkamah Seysen III (Jenayah), Kuching termasuk mendengar dan melupuskan kes.
Bertanggungjawab dalam menyelia CMS/e-courts Mahkamah Sabah dan Sarawak.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari masa ke semasa.