Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya adalah bahagian yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Mahkamah di seluruh Mahkamah Rendah Malaya. Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya diketuai oleh Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya dan dibantu oleh seorang Timbalan Kanan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Kanan Pendaftar.
Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya berperanan untuk memantau dan mengeluarkan arahan sewajarnya bagi hal-hal pentadbiran dan pengurusan mahkamah rendah seluruh Semenanjung Malaysia.
Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya membuat pemantauan dengan memastikan semua mahkamah negeri mematuhi arahan-arahan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan undang-undang sedia ada..
Membuat pemantauan prestasi Pegawai kehakiman Mahkamah Rendah berdasarkan statistik dan semakan melalui rakaman prosiding.
Membuat pemantauan alasan penghakiman tertunggak berdasarkan statistik dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada kelewatan penyediaan alasan penghakiman dan rekod rayuan.
Menyelia Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Rendah Semenanjung Malaysia.
Memperkukuh pemantauan dengan membuat lawatan naziran ke Mahkamah negeri bagi menyemak pematuhan dengan arahan PKPMP dan undang-undang dari segi pentadbiran dan pengurusan Mahkamah.
Menghadiri dan mengadakan pelbagai mesyuarat mewakili Jabatan dengan pelbagai agensi bagi isu-isu melibatkan Mahkamah Rendah.