Program Siri Jelajah Kehakiman telah dilancarkan pada 19 Julai 2022 oleh Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.
Turut hadir semasa majlis tersebut adalah ketua-ketua agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Bantuan Guaman serta agensi-agensi swasta seperti Badan Peguam Malaysia dan The Advocates Associates of Malaysia.
Program Jelajah Kehakiman merupakan salah satu inisiatif Badan Kehakiman Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bertujuan untuk memperkenalkan produk, program dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Badan Kehakiman Malaysia dalam meningkatkan akses kepada keadilan serta literasi undang-undang dalam kalangan orang awam.Badan Kehakiman Malaysia percaya Program ini mampu memberikan satu laluan yang efektif dalam mempromosi program serta insiatif Badan Kehakiman Malaysia melalui cara turun ke lapangan. Membantu memberi pendedahan kepada orang awam mengenai sistem Kehakiman dan perundangan negara secara lebih efisien dan personalised dengan penyertaan dan kolaborasi bersama pemegang taruh Badan Kehakiman.
Kaunter help desk dan pameran bagi produk dan inisiatif Badan Kehakiman Malaysia seperti:
Tayangan video inisiatif Badan Kehakiman Malaysia;