Skip to main content
APA ITU REMAN?
- Seorang suspek hanya boleh ditahan untuk tujuan siasatan polis di balai polis tidak melebihi 24 jam.
- Sekiranya siasatan polis tidak dapat diselesaikan dalam tempoh ini dan polis ingin menahan suspek melebihi 24 jam, permohonan untuk penahanan lanjut hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam ke Mahkamah Majistret.
- Majistret ialah pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat perintah reman.
- Seseorang "reman" apabila Majistret memberikan perintah reman untuk melanjutkan penahanan suspek melebihi 24 jam.
- Tujuan reman adalah untuk memberi lebih masa kepada polis untuk melengkapkan siasatan dan memutuskan sama ada terdapat cukup bukti untuk mendakwa suspek atas kesalahan yang disyaki. Pihak polis mesti membuat permohonan reman tanpa penangguhan yang tidak perlu.
- Di peringkat reman, suspek masih dianggap tidak bersalah.